News

Know about market updates

Cara Semakan Harga Pasaran Rumah

Terdapat perbagai kaedah untuk menyemak harga pasaran rumah anda. Berikut adalah kaedah-kaedah untuk menyemak harga pasaran rumah:

Kejiranan

Anda boleh cuba menanyakan kepada jiran-jiran atau rakan-rakan sekeliling anda yang tahu kawasan perumahan yang hendak anda beli. Hal ini adalah kerana mereka mungkin telah melakukan penilaian semakan harga pasaran rumah di kawasan tersebut lebih awal. Dengan ini, anda akan dapat membandingkan harga rumah yang ditawarkan di pasaran dan juga daripada kenalan anda, dari situ anda akan dapat menghasilkan penilaian harga pasaran rumah yang ada idamkan.

Iklan-iklan Dari Ejen

Anda boleh menyemak harga pasaran rumah dengan melihat iklan-iklan yang telah diiklan oleh ejen hartanah. Antara laman sesawang yang selalu diguna pakai oleh ejen hartanah adalah seperti berikut iproperty.com, prowall.com dan mudah.my.

Brickz.my

Brickz.my merupakan laman sesawang yang dapat membantu anda untuk mengetahui “Market Value” bagi sesebuah rumah dikawasan tertentu. Tetapi, laman sesawang ini mempunyai kelemahannya tersendiri seperti pengguna ¬†haruslah memiliki akaun untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci.

Valuer/Bank

Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai harga pasaran rumah anda memalui valuer ataupun bank. Mereka ini sudah pakar dan mempunyai kemahiran dalam melakukan perkerjaan ini terutamanya valuer.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *